Friday 27 April 2012

MY ARTWORK V24 : SMK PUTRAJAYA PRESINT 11(1) MINGGU MATEMATIK & SAINS

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Tempahan terbaru oleh Cikgu Noranisa daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1) sempena Minggu Matematik & Sains...terima kasih kerana memberi kepercayaan untuk mereka bentuk bunting tersebut....so what do you think??...let's browse..


Tuesday 24 April 2012

MY ARTWORK V23 : REDRAWING & RETRACING

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Agak lama benor teman tak meupdate blog ni hah...ater...sibok bebenor.....apa khabor yob dengan yong semuee.....hari ni teman nak speaking orang PARIT PERAK....kalau you all nak tau orang Parit ni memang cakapnya tak mau kalah....senang citer asyik deme je yang nak menang....macam satu cerita ni...hari ni aku nak bercerita sikit hihihi...

Ada tiga orang 3 lelaki duduk di kedai kopi....seorang berasal dari Manjoi Perak...seorang berasal dari Chemor Perak dan seorang lagi berasal dari Parit Perak...lelaki Manjoi menceritakan tentang susahnya mandapatkan ikan di kawasan kampungnya....kalau memancing atau menjala beliau hanya berjaya dapat beberapa ekor ikan sahaja....lelaki Chemor mencelah bahawa kampung beliau masih banyak ikan....pendek kata "kuak air je nampak ikan"... so nak menggambarkan banyaknya ikan di kawasan Chemor...mendengar kata lelaki Chemor...lelaki Parit jadi geram lalu berkata...."HUH!! KAMPUNG AKU ...KUAK IKAN BARU NAMPOK AYOR"...hihihii...jangan mare ORANG PARIT....hanya sekadar berjenaka...

Balik topik asal...jauh lari tajuk ni ....update untuk kerja artwork aku selama beberapa minggu lepas...let's browse it...




Monday 9 April 2012

MY ARTWORK V22 : EX-SMSM 2ND REUNION 8 APRIL 2012

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah semuanya sudah selesai...Majlis Ramah Mesra (Reunion) Bekas Pelajar Sekolah Menengah Sungai Manik (Batch 1991 - 1995)...walaupun kehadiran kurang dari yang di jangka tetapi apa yang positif tentang reunion kali ni adalah kehadiran beberapa orang muka baru seperti Mael, Hayati, Samsiah, Zaiton dan Siti Perwangi.

Majlis semalam berjalan lancar sekali....ada cabutan bertuah, permainan dan karaoke...happening habis....sebab semua pun participate....orang yang paling bertuah semalam adalah Ejey....borong semua hadiah...cabutan bertuah dapat, teka silang kata dapat, sms terpantas pun dapat....maybe rezeki dan tuah anak-anak dia yang ikut sekali kot....hihihi...

Sebagai AJK, aku amat berpuashati majlis semalam....terima kasih kepada semua AJK dan semua yang hadir...lepas ni bila la pulak ye????...


Official banner ..
 

Opening video... 


 Souvenir... 

 Group photo...