Wednesday 25 July 2012

MY ARTWORK V37 : SAMPUL DUIT (MONEY PACKET) NGO NISA PERAK

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Terima kasih kepada Saudari Normaziah Khori daripada Bota Perak kerana memberikan tugasan untuk mencetak sampul duit raya (money packet) untuk satu pertubuhan bukan kerajaan atau NGO yang dikenali NISA PERAK....untuk maklumat lebih lanjut tentang pertubuhan ini boleh la ke laman web... http://nisaperak.blogspot.com/.

Design dicipta sendiri oleh Saudari Normaziah....kami di Zillion Colors hanya mencetak sahaja...jom tengok...


Tuesday 24 July 2012

MY ARTWORK V36 : SMK PUTRAJAYA PRESINT 11(1) PELANCARAN BIDANG KEMANUSIAAN

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Terima kasih kepada PK Cikgu Siti Zahrah kerana memberi tugas merekacipta dan print bunting untuk Majlis Pelancaran Bidang Kemanusiaan SMKPP11(1). Diharap Cikgu berpuashati dengan hasil kerja Zillion Colors...jom layannn...

Thursday 19 July 2012

MY ARTWORK V35 : KAD KAHWIN RASHID & NIZA

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Zillion Colors mengucapkan selamat menempuh alam perkahwinan kepada bakal pengantin baru itu Mohamad Rashid dan Nur Khairuniza yang bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada 23 Ogos 2012...ni masa minggu raya ni..apapun kami mengucapkan terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan printing kami....kami doakan semoga kalian berdua berbahagia ke anak cucu...

Sesiapa yang nak tempah kad kahwin custom made boleh la hubungi kami...insyallah kami akan beri harga yang berpatutan....


MY ARTWORK V34 : KAD RAYA & SAMPUL DUIT RAYA KUZAIMI & CO. (KUZAC)

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Terima kasih kepada Kuzaimi & Co terutama saudari Mirza sebab memilih Zillion Colors untuk merekacipta kad hari raya dan sampul duit raya bagi firma tempat beliau bekerja. Konsep artwork adalah kehendak mereka sendiri....kad raya dan sampul duit adalah sedondon....kad raya akan buat matte laminate supaya kelihatan ciri-ciri korporat...jom kita tengok..




Kepada sesiapa yang masih berminat masih ada lagi masa....processing day kad raya mengambil masa 7 hari bekerja dan sampul duit raya mengambil masa 12 hari bekerja...maklumat lanjut boleh tengok post ini...

MY ARTWORK V33 : SMK PUTRAJAYA PRESINT 11(1) IHYA RAMADHAN

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Ramadhan datang lagi....syukur sebab masih lagi bernafas di bumi Allah dan mudah-mudahan sempat menyambut Ramadhan kali ini. Terima kasih kepada Uztazah Fizah sebab beri tugasan untuk merekacipta bunting sempena sambutan Ramadhan di SMKPP11(1) pada tahun ini....jom tengok..hihihi..

Monday 16 July 2012

MY ARTWORK V32 : SAMPUL DUIT RAYA (MONEY PACKET) KELAB KEBAJIKAN MAHKAMAH TINGGI IPOH

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,


Terima kasih diucapkan kepada saudara Zulkifli Shamsudin dari Kampar Perak kerana menempah sampul duit raya daripada Zillion Colors. Ini merupakan tempahan tahun kedua daripada beliau. Terdapat dua design daripada beliau dan kedua-duanya adalah untuk Kelab Kebajikan Mahkamah Tinggi Ipoh. Design juga disediakan oleh beliau sendiri dan hanya perlu dimasukkan ke dalam template saiz sahaja...


Kepada sesiapa yang berhajat nak tempah...jangan tangguh lagi....tawaran promosi akan berakhir pada 31 Julai 2012....untuk maklumat lanjut tentang harga dan processing day boleh lawati ke post berikut...

Saturday 14 July 2012

MY ARTWORK V31 : SMK PUTRAJAYA PRESINT 11(1) MINGGU PANITIA EKONOMI ASAS

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,


Kali ni tolong merekacipta banner/bunting untuk isteri sempena minggu ekonomi SMK Putrajaya Presint 11(1)...idea dia hebat....nak buat hujan duit di atas menara KLCC....yang teruk aku...hihihi....terpaksa la scan duit RM1, RM2, RM5 & RM10.....kalu x mana nak cari.....menara KLCC ok lagi boleh la cari yang silhouette punya.....yang duit tu aku buat la warp effect dan buat seolah-olah jatuh dari langit....so tak yah citer banyak...jom layan...hihihi...


MY ARTWORK V30 : BANNER ZAED TYNDAREUS ENTERPRISE

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,


Terima kasih kepada sahabat sekolah aku iaitu Norlizah Kamaruddin a.k.a. Jilah sebab memberikan job merekebentuk dan mencetak banner untuk bisnes beliau. Tahniah buat ko Jilah sebab berjaya mencebur diri sepenuh dalam dunia perniagaan...x lupa jugak buat husband ko Zaed...apapun aku ucapkan selamat maju jaya buat bisnes korang...

Kepada penduduk sekitar Langkap, Teluk Intan, Kampar dan sekitarnya yang memerlukan alat timbang...sila la ke Zaed Tyndareus Enterprise di Langkap Perak....alamat penuh, telefon & email bleh tengok dalam banner kat bawah...

Saiz 2ft x 8ft....UV printing....dijamin 18 bulan kualiti untuk warna....