Saturday, 30 July 2011

MY ARTWORK V2 - SPECIAL RAMADHAN

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Ramadhan datang lagi....x sabar nak berpuasa ni....maybe boleh kuruskan badan sikit...overload dah...hihihi...

Baru balik KL naik LRT....mai oii..orang kat sogo...macam anai-anai wei...ramai sungguh...nak jalan pun susah...last-last aku & wife ambik keputusan balik je...susah...tension pun ada...sempat beli minyak wangi crabtree je...untuk anak aku yang tiga orang...sempat beli kismis minda yang budak jual kat jejantas LRT....

Sempena nak menyambut Ramadhan aku buatkan special artwork....mudah-mudahan puasa tahun ni lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas....buat semua saudara-mara, sahabat taulan dan muslimin dan muslimat sekalian...aku ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa...moga-moga ibadah kita di terima olehNya...insyallah...


TEMPAHAN SAMPUL DUIT ATAU MONEY PACKET ATAU HARI RAYA

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua ....Ramadhan datang lagi....setiap kali tiba Ramadhan aku mesti teringat zaman budak-budak dulu...semangat tak ingat masa sahur...masuk pukul sepuluh dah tak larat...masuk tengahari hancur....hihihi...puasa setengah hari boleh kira waktu tu....

Sempena bulan Ramadhan dan persiapan menyambut hari raya...aku ada menyediakan perkhidmatan design dan print sampul duit raya atau money packet atau angpau...berapa banyak kali ATAU la...

Wednesday, 20 July 2011

MY ARTWORK V1

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Sambil lepak-lepak tunggu anak siapkan homework....aku buat la aktiviti photoshop aku....tema hari ni romantic layering mask....gabungan kilauan cincin dan haruman mawar....hihihi...geli ketiak aku dengan ayat jiwang ni....tapi tak kesah la...all about creativies...so what do you think???? 


Wednesday, 13 July 2011

TEMPAHAN FLYER, BROCHURE, BOOKLET, MENU, POSTER, STAMP...ETC

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia


 

Adakah anda Ingin menempah …
FLYER…
 BROCHURE…
RUBBER STAMP…
POSTER…
BOOKMARK…
LETTERHEAD…
MENU…
BOOKLET…
MONEY PACKET (ANGPOW)…
TENT CARD…

tidak pandai membuat design???...
mahal???...
tidak unik???...
tidak menarik???...

lupakan masalah tersebut...khidmat design dan cetak pada harga yang murah dan dijamin berbaloi...
kualiti cetakan yang dijamin...digital off-set atau litho off-set....design dibuat mengikut kehendak pelanggan...material mengikut bajet...gloss atau matte lamination …spot UV…hot stamping (gold, silver, blue, green)...

YOU TELL, WE DESIGN, YOU APPROVE 
& WE PRINT ...

nak masukkan gambar sendiri boleh, gambar produk boleh, gambar logo boleh...pendek kata semua boleh...

IT'S UP TO YOU! :) IT'S YOUR CREATIVITY...


10 langkah mudah…
1.            Hubungi kami ( sms/telefon – 019-2669011 atau 
               email azharikarim@hotmail.com)
2.            Khidmat rundingan (tawar-menawar la tu)
3.            Setuju
4.            Bayaran  1 (deposit)
5.            Kami buat artwork design
6.            Semakan/pembetulan/penambahbaikan/setuju
7.            Bayaran 2 (50%)
8.            Kami cetak
9.            Kad Siap
10.          Bayaran 3 (akhir) dan penghantaran

Azhari Karim
Tel/SMS   : 019-2669011
Email        : azharikarim@hotmail.com
Blog          : azharisartwork




Tuesday, 12 July 2011

KAD NAMA & KAD PERNIAGAAN UNIK, MENARIK & MURAH

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,


Ingin menempah kad nama atau kad perniagaan???...

tidak pandai membuat design???...

mahal???...

tidak unik???...

tidak menarik???...

lupakan masalah tersebut...khidmat design dan cetak pada harga yang murah dan dijamin berbaloi...kualiti cetakan yang dijamin...digital off-set ataupun litho off-set....design dibuat mengikut kehendak pelanggan...material kertas mengikut bajet...gloss ataupun matte lamination...UV...hot stamping (gold, silver, blue & green)...


YOU TELL, WE DESIGN, YOU APPROVE 
& WE PRINT ...


nak masukkan gambar sendiri boleh, gambar produk boleh, gambar logo bolehh...pendek kata semua boleh...


IT'S UP TO YOU! :) IT'S YOUR CREATIVITY...


10 langkah mudah… 
  1. Hubungi kami ( sms atau telefon – 019-2669011 atau email azharikarim@hotmail.com
  2. Khidmat rundingan (tawar-menawar la tu) 
  3. Setuju 
  4. Bayaran  1 (deposit) 
  5. Kami buat artwork design 
  6. Semakan/pembetulan/penambahbaikan/setuju 
  7. Bayaran 2 (50%) 
  8. Kami cetak 
  9. Kad Siap 
  10.  Bayaran 3 (akhir) dan penghantaran

Monday, 11 July 2011

BERSIH YANG BAKAL MENGOTORKAN KUALA LUMPUR V4

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Tanggal 9 Julai telah pun berlalu...bermacam ragam dan berita yang dapat di lihat dan di dengar...perhimpunan bersih kotor di KL...ada yang sokong...ada yang membantah...ada yang marah...ada yang sakit hati...pendek kata semua jenis perasaan wujud pada hari tersebut...

Bila baca, tengok & lihat kesemua berita dan blog....kedua-dua pro & anti...mmmmmm...yang pro lebih meyakinkan aku....datang dengan argument yang kukuh....dibuktikan melalui fakta-fakta dan gambar-gambar....ini hanyalah pendapat bebas aku....tak tipu punya....
Walau apapun pendapat orang ramai... aku kena ucapkan terima kasih kepada semua pegawai & anggota PDRM kerana melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggunjawabkan...tiada siapa yang menang atau kalah dalam hal ini...tapi yang pasti kerugian buat rakyat Malaysia....terutama kaum ku sendiri....sedih tengok fanatiknya mereka....sudah la...berhentilah...majukan diri, majukan keluarga, majukan kaum dan akhirnya majulah ISLAM...
 ni adalah artwork terbaru aku....ditujukan untuk semua...huahuahua....
 



Friday, 8 July 2011

KAD KAHWIN UNIK MENGIKUT TEMA BAKAL RAJA SEHARI

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,


Ingin menempah kad kahwin???...
tidak pandai memilih design???...
mahal???...
tidak unik???...

lupakan masalah tersebut...khidmat design dan cetak pada harga yang murah dan dijamin berbaloi...
kualiti cetakan yang dijamin...digital off-set ataupun litho off-set....design dibuat mengikut kehendak pelanggan...material mengikut bajet...

YOU TELL, WE DESIGN, YOU APPROVE 
& WE PRINT ...

nak masukkan gambar pengantin boleh, gambar ibu bapa pengantin boleh, gambar tepak sireh boleh, gambar cincin boleh, gambar bunga boleh...pendek kata semua boleh...

IT'S UP TO YOU! :) IT'S YOUR CREATIVITY...

10 langkah yang amat mudah….

  1. Hubungi kami ( telefon – 019-2669011 atau email azharikarim@hotmail.com)
  2. Khidmat rundingan (tawar-menawar la tu)
  3. Setuju
  4. Bayaran  1 (deposit RM50)
  5. Kami buat peta & artwork design
  6. Semakan/pembetulan/penambahbaikan/setuju
  7. Bayaran 2 (50%)
  8. Kami cetak
  9. Kad Siap
  10. Bayaran 3 (akhir) dan penghantaran

Monday, 4 July 2011

BERSIH YANG BAKAL MENGOTORKAN KUALA LUMPUR V3

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,



Satu lagi artwork dari aku....thank to IA...siap sambil tengok Taiwan lawan Malaysia....sungguh mendebarkan...nasib baik layak next round....TAHNIAH MALAYSIA...yang tu aku memang sokong....BERSIH...aku tolak...aku sokong PDRM...Agong sudah bertitah...apa lagi marilah kita sama-sama membantu mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara yang tercinta...

Friday, 1 July 2011

LOVE ISLAM...LOVE PEACE...NO STREET DEMONSTRATION

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Bersolat jumaat di Masjid Besi...khutbah pun bagus...mimbar mengingatkan aku supaya bersyukur keatas nikmat keamanan...jangan melampaui batas dalam sesuatu tindakan...hormati hak orang lain....tanggungjawab mempertahankan agama....banyak lagi la...insyallah Allah merahmati umatnya...so mengilhamkan aku untuk artwork di bawah...thanks to Khatib & Imam...



BERSIH YANG BAKAL MENGOTORKAN KUALA LUMPUR V2

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,



Satu lagi artwork telah disiapkan oleh aku....thanks to Adobe Illustrator.....semua ini untuk tunjuk protes aku terhadap cadangan demonstrasi oleh Bersih di Kuala Lumpur yang bakal menyusahkan semua orang....orang awam, peniaga, pemandu teksi, pemandu bas, pengguna jalanraya, pengguna pengangkutan awam, pelancong & macam-macam lagi la...aku juga tak sokong tindakan Perkasa, Pemuda, Persatuan Silat & NGO untuk lawan demonstrasi tu....tapi semua ni berpunca daripada tindakan Bersih...aku rasa semua pihak tidak akan meneruskan niat berdemonstrasi sekiranya Bersih membatalkannya... buat la kat Stadium Shah Alam...then naik bas beramai-ramai ke Istana Negara...tak menyusahkan sangat...