Thursday 29 September 2011

MY ARTWORK V12 - ALIZA + A&S TSHIRT PRINTING

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Lama tak update ni...nak mula ayat pun susah...kikiki...baru2 ni jumpa member lama aku masa belajar poli dulu... Alias....now dia buat bisnes printing...specialist untuk tshirt silkscreen...sembang2 terus dia tahu hobi aku main illustrator...terus mintak tolong aku design dan redraw artwork untuk job tshirt dia...aku pun dengan bangganya terima....sebab minat la katakan...pastu belajar la sikit2 pasal silkscreen ni dengan dia...

Dia jugak mintak aku designkan banner untuk dia kedai dia...satu kat Bandar Baru Bangi...satu lagi kat Johor... aku buat layout je untuk banner ni...semua tema dan designing idea tuan dia sendiri ler...hihihi...very attractive...sesuai untuk bisnes dia....so what do you think??...

So kepada sesiapa yang nak buat print tshirt boleh la buat kat dia...lain2 servis pun ada gak...kursus cetak tshirt pun ada...habis kursus boleh bukak bisnes sendiri...





Tuesday 13 September 2011

MY ARTWORK V11 - CHARISMA POSITIF SDN BHD

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

On the way balik berhari raya dari rumah Wan phone aku ada miss call...aku tak angkat sebab tengah solat Maghrib...tengok panggilan daripada Yong SMSM a.k.a Norhasina..."apa hal lak ni"? (dalam hati la)...aku rasa dia mesti marah sebab tak join diaorang meeting pasal reunion EX-SMSM kat Cheras...aku call la balik dengan segera nak jelaskan keadaan...rupa-rupanya dia ingin tempah banner untuk majlis syarikat dia...kahkahkah...boleh tulis cerpen camni...bikin suspen sikit...

Pendekkan cerita banner pun dah siap...dah hantar pun...punya la nak cepat...call Ahad malam...dia nak collect Selasa tengahari....sebab majlis tu nak buat hari Arbak kata orang Banjar...Rabu la tu...ding-dong..ding-dong...berjaya diuruskan...

Apapun diucapkan terima kasih kepada CHARISMA POSITIF SDN BHD especially Yong sebab beri job ni pada aku...sekadar memenuhi masa lapang malam ku yang memang dah lapang... dengan hobi yang berfaedah ....main dengan Adobe Illustrator...sebab study out campus pun dah habis...no more study...no more assignment...

TQ...TQ...TQ.


***Update 20/9/2011@0803hrs

Buka FB pagi ni aku tengok Yong tag aku pada gambar yang dia upload....gambar berkenaan majlis hari raya untuk 100 anak yatim TTDI & Titian Kaseh yang company dia telah buat pada 14.9.2011 lepas...have gone through all the pictures...meriah tengok gambar tu....rasa terharu...bangga pun ada...terpancar kegembiraan di wajah bebudak tu....dapat duit raya lagi...VIP pun sudi hadir pada majlis ni walaupun tanpa liputan mana-mana media...it shows us about the sincerity...

So, ucapan tahniah kepada Charisma Positif Sdn Bhd dan Yong atas majlis amal tersebut...at least sedikit sebanyak dapat juga menimbulkan kemeriahan dan kegembiraan kepada anak-anak yatim tersebut sempena bulan syawal ini...







 


MY ARTWORK V10 - TEMBANGAU JAYA ENTERPRISE NILAI 3

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,


Sekadar ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan punya pemilik perniagaan Tembangau Jaya Enterprise di Nilai 3 kerana sudi menggunakan khidmat Azhari's Artwork Studio. Diharapkan perniagaan bertambah maju selepas menggantung banner dibawah...

Actually aku pun tak pernah sampai ke kedai ni...semua urusniaga dan artwork job dibuat over the line je..online la tu...telefon dan email....semua ini kreativiti beliau sendiri..yang paling menarik minat aku adalah SARDIN CAP AYAM...kikiki...automatik orang tau itu adalah kedai runcit...tak payah baca dah....kikiki...

Insyallah ada kesempatan akan aku singgahi lokasi ini untuk membeli apa yang patut...terima kasih Tuan.
 

Tuesday 6 September 2011

STICKER EX-SMSM (91-95) BERKELIARAN

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan "SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR & BATIN"..kepada semua saudara mara, guru-guru, sahabat handai, rakan taulan dan muslimin muslimat sekalian...maklum la sibuk berhari raya di kampung...di kampung isteri tersayang di Kampung Kedah Parit Buntar Perak...terima kasih pada mak & ayah atas ketupat pulut dan gulai daging yang sungguh enak....fuhh...sedap tak ingat...

Sticker EX-SMSM BATCH 91-95 berjaya juga disiapkan sebelum raya....aku serah pada Jilah untuk edar pada group members kat Sungai Manik...berdasarkan pada post-post di FB...semua gembira lepas dapat sticker tu....memang semangat sungguh diaorang ni....dapat terus tampal tu....tapi aku la orang pertama tampal...hihihi...nak menang jugak tu...apapun TAHNIAH! pada semua kerana masih bergabung dan beri sokongan pada group ni...

Sekarang ni semua sticker ni sedang berkeliaran di merata-rata jalan di seluruh pelusuk tanah air Malaysia...hihihi...macam la banyak....apa pun aku ucapkan terima kasih pada semua...pendek kata aku bangga la jadi warga SMSM ni...

Antara member yang upload dan komen kat FB lepas tampal kat kereta masing-masing...

"sticker terpenting selain road tax..." - Norlizah a.k.a Jilah
"dengan bangganye..." - Haryani

"terasa kembali ke zaman sekolah" -Norazlina

 "amb, jgn x amb...dgn bangganye yong amb gambo ni" -Norhasina a.k.a Yong


Zanariah punye...xde komen...maybe tak terluah dengan kata-kata kot...kahkahkah...maybe selepas tampal perasan dia jadi bercampur gaul mengenang zaman SMSM macam adunan kuih samprit yang akan dimasukkan dalam oven panas untuk di BAKOR...

Ni orang pertama tampal....aku la tu (bangga sambil mengembangkan hidungnye...)