Thursday 27 December 2012

MY ARTWORK V47 : PENDAFTARAN 2013 SMK PUTRAJAYA PRESINT 11(1)

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Terima kasih kepada Ustazaf Fizah sebab beri tugasan untuk design dan cetak banner untuk Hari Pendaftaran 2013 SMK Putrajaya Presint 11(1)....kepada semua murid...selamat BACK TO SCHOOL...tak lupa juga kepada semua guru-guru...selamat mengajar dan berbakti :)


Tuesday 11 December 2012

MY ARTWORK V46 : KOPERASI SMK PUTRAJAYA PRESINT 11(1)

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Terima kasih kepada Cikgu Faezwati kerana menempah bunting dengan Zillion Colors untuk Koperasi SMK Putrajaya Presint 11(1)....design khas untuk hari pembukaan...jom layan...



MY ARTWORK V45 : MY BLITZ n GLAM

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

My Blitz n Glam....online shopping store telah memulakan perniagaan sejak Ogos 2012. Jualan hujung tahun telah dibuat baru-baru. Zillion Colors telah berbesar hati menyumbang 3 keping bunting yang direka khas untuk hari jualan tersebut...

Kepada yang belum tahu tentang kewujudan My Blitz n Glam boleh la melawati FB http://www.facebook.com/MyBlitzNGlam atau blog http://my-blitz-n-glam.blogspot.com/. Banyak koleksi pakaian wanita yang dipilih khas dan terkini....harga amat berpatutan sekali..


Tuesday 13 November 2012

MY ARTWORK V44 : STICKER, STICKER & STICKER

aSSalaMuaLAikum & SalAM 1 MaLAySia,

Tempahan-tempahan label sticker.....transparent sticker, vinyl sticker, white sticker and mirrorcoat sticker....semua ada...harga dijamin berpatutan....

Sempena musim kahwin ni kalau ada yang nak tempah sticker boleh la hubungi kami di

email : azharikarim@hotmail.com
sms : 019-2669011  







Tuesday 11 September 2012

MY ARTWORK V41 : RETRACING PALAPES (ROTU) ARAU

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,



Retracing photo format jpeg untuk tujuan mencetak tshirt silkscreen. Terima kasih Aliza Tshirt sebab beri kepercayaan untuk buat retracing design macam di bawah ni...cer tengok...

Thursday 6 September 2012

MY ARTWORK V40 : SMK PUTRAJAYA PRESINT 11(1) PANITIA PEND. SIVIK

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Terima kasih kepada Puan Zarina iaitu Ketua Panitia Pendidikan Sivik & Kewarnegaraan SMK Putrajaya Presint 11(1) kerana beri tugasan merekacipta bunting untuk Minggu Panitia  Pendidikan Sivik & Kewarnegaraan untuk sekolah tersebut. Secara umum layout design adalah idea guru tu sendiri...jom kita saksikan :)...


Thursday 9 August 2012

MY ARTWORK V39 : STICKER KERETA JEMAAH FISABILILLAH MALAYSIA

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

My latest job...redraw and print car sticker for Jemaah Fisabilillah Malaysia...size 4.5inx4in...100 pcs...only RM220.....let's browse..


Friday 3 August 2012

MY ARTWORK V38 : SMK PUTRAJAYA PRESINT 11(1) PANITIA PENDIDIKAN MORAL

Assalamualaikum& Salam 1 Malaysia,

Terima kasih kepada Puan Intan Asyikin Guru Panitia Pendidikan Moral SMK Putrajaya Presint 11(1) kerana beri tugasan merekacipta bunting untuk Minggu Panitia Pendidikan Moral untuk sekolah tersebut. Secara umum layout design adalah idea guru tu sendiri...jom kita saksikan :)...




Wednesday 25 July 2012

MY ARTWORK V37 : SAMPUL DUIT (MONEY PACKET) NGO NISA PERAK

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Terima kasih kepada Saudari Normaziah Khori daripada Bota Perak kerana memberikan tugasan untuk mencetak sampul duit raya (money packet) untuk satu pertubuhan bukan kerajaan atau NGO yang dikenali NISA PERAK....untuk maklumat lebih lanjut tentang pertubuhan ini boleh la ke laman web... http://nisaperak.blogspot.com/.

Design dicipta sendiri oleh Saudari Normaziah....kami di Zillion Colors hanya mencetak sahaja...jom tengok...


Tuesday 24 July 2012

MY ARTWORK V36 : SMK PUTRAJAYA PRESINT 11(1) PELANCARAN BIDANG KEMANUSIAAN

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Terima kasih kepada PK Cikgu Siti Zahrah kerana memberi tugas merekacipta dan print bunting untuk Majlis Pelancaran Bidang Kemanusiaan SMKPP11(1). Diharap Cikgu berpuashati dengan hasil kerja Zillion Colors...jom layannn...

Thursday 19 July 2012

MY ARTWORK V35 : KAD KAHWIN RASHID & NIZA

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Zillion Colors mengucapkan selamat menempuh alam perkahwinan kepada bakal pengantin baru itu Mohamad Rashid dan Nur Khairuniza yang bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada 23 Ogos 2012...ni masa minggu raya ni..apapun kami mengucapkan terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan printing kami....kami doakan semoga kalian berdua berbahagia ke anak cucu...

Sesiapa yang nak tempah kad kahwin custom made boleh la hubungi kami...insyallah kami akan beri harga yang berpatutan....


MY ARTWORK V34 : KAD RAYA & SAMPUL DUIT RAYA KUZAIMI & CO. (KUZAC)

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Terima kasih kepada Kuzaimi & Co terutama saudari Mirza sebab memilih Zillion Colors untuk merekacipta kad hari raya dan sampul duit raya bagi firma tempat beliau bekerja. Konsep artwork adalah kehendak mereka sendiri....kad raya dan sampul duit adalah sedondon....kad raya akan buat matte laminate supaya kelihatan ciri-ciri korporat...jom kita tengok..




Kepada sesiapa yang masih berminat masih ada lagi masa....processing day kad raya mengambil masa 7 hari bekerja dan sampul duit raya mengambil masa 12 hari bekerja...maklumat lanjut boleh tengok post ini...

MY ARTWORK V33 : SMK PUTRAJAYA PRESINT 11(1) IHYA RAMADHAN

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Ramadhan datang lagi....syukur sebab masih lagi bernafas di bumi Allah dan mudah-mudahan sempat menyambut Ramadhan kali ini. Terima kasih kepada Uztazah Fizah sebab beri tugasan untuk merekacipta bunting sempena sambutan Ramadhan di SMKPP11(1) pada tahun ini....jom tengok..hihihi..

Monday 16 July 2012

MY ARTWORK V32 : SAMPUL DUIT RAYA (MONEY PACKET) KELAB KEBAJIKAN MAHKAMAH TINGGI IPOH

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,


Terima kasih diucapkan kepada saudara Zulkifli Shamsudin dari Kampar Perak kerana menempah sampul duit raya daripada Zillion Colors. Ini merupakan tempahan tahun kedua daripada beliau. Terdapat dua design daripada beliau dan kedua-duanya adalah untuk Kelab Kebajikan Mahkamah Tinggi Ipoh. Design juga disediakan oleh beliau sendiri dan hanya perlu dimasukkan ke dalam template saiz sahaja...


Kepada sesiapa yang berhajat nak tempah...jangan tangguh lagi....tawaran promosi akan berakhir pada 31 Julai 2012....untuk maklumat lanjut tentang harga dan processing day boleh lawati ke post berikut...

Saturday 14 July 2012

MY ARTWORK V31 : SMK PUTRAJAYA PRESINT 11(1) MINGGU PANITIA EKONOMI ASAS

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,


Kali ni tolong merekacipta banner/bunting untuk isteri sempena minggu ekonomi SMK Putrajaya Presint 11(1)...idea dia hebat....nak buat hujan duit di atas menara KLCC....yang teruk aku...hihihi....terpaksa la scan duit RM1, RM2, RM5 & RM10.....kalu x mana nak cari.....menara KLCC ok lagi boleh la cari yang silhouette punya.....yang duit tu aku buat la warp effect dan buat seolah-olah jatuh dari langit....so tak yah citer banyak...jom layan...hihihi...


MY ARTWORK V30 : BANNER ZAED TYNDAREUS ENTERPRISE

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,


Terima kasih kepada sahabat sekolah aku iaitu Norlizah Kamaruddin a.k.a. Jilah sebab memberikan job merekebentuk dan mencetak banner untuk bisnes beliau. Tahniah buat ko Jilah sebab berjaya mencebur diri sepenuh dalam dunia perniagaan...x lupa jugak buat husband ko Zaed...apapun aku ucapkan selamat maju jaya buat bisnes korang...

Kepada penduduk sekitar Langkap, Teluk Intan, Kampar dan sekitarnya yang memerlukan alat timbang...sila la ke Zaed Tyndareus Enterprise di Langkap Perak....alamat penuh, telefon & email bleh tengok dalam banner kat bawah...

Saiz 2ft x 8ft....UV printing....dijamin 18 bulan kualiti untuk warna....

Friday 29 June 2012

MY ARTWORK V29 : SAMPUL DUIT RAYA (MONEY PACKET) SETIA TEGUH RESOURCE (M) SDN BHD

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Jutaan terima kasih kepada Saudari Nurdina daripada Johor kerana sudi menempah sampul raya daripada Zillion Colors untuk Syarikat Setia Teguh Resource (M) Sdn Bhd.

Untuk makluman semua bagi menyiapkan sesuatu tempahan sampul duit ianya akan mengambil masa 12 hari bekerja....so sesiapa yang bercadang nak buat tu jangan tunggu lama-lama...takut semua printer-printer akan menolak tempahan anda sebab kesuntukan masa dan kesesakan production....

Promosi harga kami akan berakhir 31 Julai 2012...boleh layari...

Kos penghantaran PERCUMA ke seluruh negara....upah design pun berpatutan...silap-silap boleh bagi percuma... ;)

Saturday 23 June 2012

MY HEAT PRESS V3 : HEAT PRESS HOT PACKAGE

Assalamualaikaum & Salam 1 Malaysia,

Kepada sesiapa yang berminat boleh la menghubungi saya 019-2669011 (Azhari) atau email azharikarim@hotmail.com....setiap pembelian disertakan dengan tunjuk ajar basic dan juga maklumat2 supplier penting dalam industri heat press...

Thursday 21 June 2012

MY ARTWORK V28 : SMK PUTRAJAYA PRESINT 11(1) ROBOTIC INNOVATION PROJECT

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Lagi tempahan bunting daripada SMKPP11(1), terima kasih kepada Cikgu Hazrina Awang memberi kepercayaan kepada Zillion Colors untuk merekacipta design...ada dua design sebenarnya dan kedua-duanya adalah berkaitan Robotic Innovation Project....semua material gambar dibekalkan oleh beliau...tak nak berleteh banyak jom tengok...

Thursday 14 June 2012

MY ARTWORK V27 : SAMPUL DUIT (MONEY PACKET) SUEHIJAB

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Jutaan terima kasih kepada Cik Suhaila daripada Kuantan Pahang sebab memberi kepercayaan kepada Zillion Colors untuk mencetak sampul duit raya bagi perniagaan beliau SueHijab. Kepada wanita yang ayu-ayu di luar sana jangan lupa beli tudung daripada SueHijab...banyak design-design baru dan cantik-cantik...yang best lagi boleh beli online lagi...jangan lupa lawat laman sesawang...www.suehijab.com

Berbalik pada sampul duit yang di tempah...sebenarnya Cik Suhaila yang design sendiri....memang cun dan kreatif...so anda bila lagi??...tempah awal nanti senang....processing day pun 12 hari bekerja....kalau lambat takut production sesak...risiko tempahan di tolak...harga promosi masih ada sehingga 31 Julai 2012....harga boleh tengok sini...http://azharisartwork.blogspot.com/2012/05/my-promotion-v1-sampul-duit-raya-2012.html

Ok jom tengok SueHijab punya design...let's browse...



Thursday 7 June 2012

MY ARTWORK V25 : RHINESTONE TECHNIQUE TSHIRT PRINTING


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Percubaan pertama buat rhinestone untuk tshirt....tak susah sangat...sebelum susun batu tu kena buat dotted drawing (titik bulat) dalam illustrator dulu...diameter lebih kurang 3.5mm...sesuai untuk rhinestone saiz 16...pakai blend tool confirm cepat buat drawing.....then create outline semua drawing tu....cutting drawing tadi dengan cutter craft robo dan gunakan material vinyl....sebab apa vinyl supaya boleh di tampal dengan hotfix transfer tape untuk pindahkan rhinestone yang sudah disusun dan ianya tak koyak macam kertas...pastu tabur rhinestone atas vinyl yang berlubang tu....susun ikut lubang....antara problem yang timbul adalah rhinestone suka terbalik ke bawah...so kena betulkan baru nampak sinarannya....pastu transfer ke hotfix transfer tape...then ready to heat press...

Design rhinestone ni biasanya sesuai untuk baju perempuan...kat tudung pun bleh gak....sebelum buat aku ada buat research sikit camne nak buat...berikut adalah antara video yang boleh dikongsikan macamana cara mudah nak susun rhinestone...




Berikut adalah antara hasil awal aku...the batman...dan the colorful ecah...



Thursday 10 May 2012

MY PROMOTION V1 : SAMPUL DUIT RAYA 2012

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Promosi sampul duit atau money packet kembali lagi...

Tempah awal senang kemudian...

Design ikut citarasa sendiri...

Terdapat 2 saiz beza...kecil 100mmx81.5mm...
besar 154mmx79.5mm...

Siap dalam tempoh 12 hari bekerja...

Pos percuma ke seluruh negara... 

Harga sampul duit besar (154mmx79.5mm):
  1. 1250 pcs RM257.40
  2. 2500 pcs RM393.90
  3. 5000 pcs RM692.90
  4. 10000 pcs RM1050.40
Harga sampul duit kecil (100mmx819.5mm):
  1. 1250 pcs RM231.40
  2. 2500 pcs RM367.90
  3. 5000 pcs RM640.90
  4. 10000 pcs RM998.40
Tempah sekarang...hubungi 019-2669011....

YOU TELL, WE DESIGN, YOU APPROVE & WE PRINT










Friday 27 April 2012

MY ARTWORK V24 : SMK PUTRAJAYA PRESINT 11(1) MINGGU MATEMATIK & SAINS

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Tempahan terbaru oleh Cikgu Noranisa daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1) sempena Minggu Matematik & Sains...terima kasih kerana memberi kepercayaan untuk mereka bentuk bunting tersebut....so what do you think??...let's browse..


Tuesday 24 April 2012

MY ARTWORK V23 : REDRAWING & RETRACING

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Agak lama benor teman tak meupdate blog ni hah...ater...sibok bebenor.....apa khabor yob dengan yong semuee.....hari ni teman nak speaking orang PARIT PERAK....kalau you all nak tau orang Parit ni memang cakapnya tak mau kalah....senang citer asyik deme je yang nak menang....macam satu cerita ni...hari ni aku nak bercerita sikit hihihi...

Ada tiga orang 3 lelaki duduk di kedai kopi....seorang berasal dari Manjoi Perak...seorang berasal dari Chemor Perak dan seorang lagi berasal dari Parit Perak...lelaki Manjoi menceritakan tentang susahnya mandapatkan ikan di kawasan kampungnya....kalau memancing atau menjala beliau hanya berjaya dapat beberapa ekor ikan sahaja....lelaki Chemor mencelah bahawa kampung beliau masih banyak ikan....pendek kata "kuak air je nampak ikan"... so nak menggambarkan banyaknya ikan di kawasan Chemor...mendengar kata lelaki Chemor...lelaki Parit jadi geram lalu berkata...."HUH!! KAMPUNG AKU ...KUAK IKAN BARU NAMPOK AYOR"...hihihii...jangan mare ORANG PARIT....hanya sekadar berjenaka...

Balik topik asal...jauh lari tajuk ni ....update untuk kerja artwork aku selama beberapa minggu lepas...let's browse it...