Tuesday, 24 April 2012

MY ARTWORK V23 : REDRAWING & RETRACING

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Agak lama benor teman tak meupdate blog ni hah...ater...sibok bebenor.....apa khabor yob dengan yong semuee.....hari ni teman nak speaking orang PARIT PERAK....kalau you all nak tau orang Parit ni memang cakapnya tak mau kalah....senang citer asyik deme je yang nak menang....macam satu cerita ni...hari ni aku nak bercerita sikit hihihi...

Ada tiga orang 3 lelaki duduk di kedai kopi....seorang berasal dari Manjoi Perak...seorang berasal dari Chemor Perak dan seorang lagi berasal dari Parit Perak...lelaki Manjoi menceritakan tentang susahnya mandapatkan ikan di kawasan kampungnya....kalau memancing atau menjala beliau hanya berjaya dapat beberapa ekor ikan sahaja....lelaki Chemor mencelah bahawa kampung beliau masih banyak ikan....pendek kata "kuak air je nampak ikan"... so nak menggambarkan banyaknya ikan di kawasan Chemor...mendengar kata lelaki Chemor...lelaki Parit jadi geram lalu berkata...."HUH!! KAMPUNG AKU ...KUAK IKAN BARU NAMPOK AYOR"...hihihii...jangan mare ORANG PARIT....hanya sekadar berjenaka...

Balik topik asal...jauh lari tajuk ni ....update untuk kerja artwork aku selama beberapa minggu lepas...let's browse it...




No comments:

Post a Comment