Tuesday 6 September 2011

STICKER EX-SMSM (91-95) BERKELIARAN

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan "SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR & BATIN"..kepada semua saudara mara, guru-guru, sahabat handai, rakan taulan dan muslimin muslimat sekalian...maklum la sibuk berhari raya di kampung...di kampung isteri tersayang di Kampung Kedah Parit Buntar Perak...terima kasih pada mak & ayah atas ketupat pulut dan gulai daging yang sungguh enak....fuhh...sedap tak ingat...

Sticker EX-SMSM BATCH 91-95 berjaya juga disiapkan sebelum raya....aku serah pada Jilah untuk edar pada group members kat Sungai Manik...berdasarkan pada post-post di FB...semua gembira lepas dapat sticker tu....memang semangat sungguh diaorang ni....dapat terus tampal tu....tapi aku la orang pertama tampal...hihihi...nak menang jugak tu...apapun TAHNIAH! pada semua kerana masih bergabung dan beri sokongan pada group ni...

Sekarang ni semua sticker ni sedang berkeliaran di merata-rata jalan di seluruh pelusuk tanah air Malaysia...hihihi...macam la banyak....apa pun aku ucapkan terima kasih pada semua...pendek kata aku bangga la jadi warga SMSM ni...

Antara member yang upload dan komen kat FB lepas tampal kat kereta masing-masing...

"sticker terpenting selain road tax..." - Norlizah a.k.a Jilah
"dengan bangganye..." - Haryani

"terasa kembali ke zaman sekolah" -Norazlina

 "amb, jgn x amb...dgn bangganye yong amb gambo ni" -Norhasina a.k.a Yong


Zanariah punye...xde komen...maybe tak terluah dengan kata-kata kot...kahkahkah...maybe selepas tampal perasan dia jadi bercampur gaul mengenang zaman SMSM macam adunan kuih samprit yang akan dimasukkan dalam oven panas untuk di BAKOR...

Ni orang pertama tampal....aku la tu (bangga sambil mengembangkan hidungnye...)


2 comments: