Thursday, 16 February 2012

MY HEAT PRESS V1 : PEMANGKIN

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,


Selepas mendaftar perniagaan hari tu, aku pun mula buat pelaburan kecil-kecilan...aku putuskan untuk membuat bisnes heat press t-shirt....aku rasa sesuai untuk in-house production sebab kurang messy sikit berbanding silkscreen printing...lagipun aku guna bilik yang kecil je... bilik bekas maid aku dulu...tapi best gak ada bilik production sendiri untuk hobi macam ni....maybe aku mewarisi jiwa dan minat macam arwah abah aku dulu kot...he is very passionate in his business...Kedai Kopi Pak Karim... Simpang Lima Parit 13A Sungai Manik...miss you so much daddy...thanks for everything...bagi aku ini adalah hobi yang boleh mendatangkan hasil. 

Berbalik pasal pelaburan tadi, so aku mulakan dengan 3 asas mesin yang utama yang mesti untuk heat press t-shirt... 1. mesin heat press, 2. cutter dan 3. printer heat pigment ink....makan ribu-ribu RM gak..hahaha...tapi takpe....to develop my business...so sesiapa yang ada niat untuk buat bisnes macam ni boleh call aku untuk khidmat nasihat dan tips percuma insyallah...

First job aku buat t-shirt untuk satu pasukan trainer iaitu PEMANGKIN....diaorang ni buat training untuk syarikat-syarikat swasta dan Kerajaan...di kenali sebagai Pasukan Pembakar Semangat dan Pengukuhan Integriti...nak tengok lanjut boleh layari...http://www.facebook.com/PEMANGKIN

So next job aku untuk siapkan order untuk Persatuan Bekas Pelajar Sek. Men. Sungai Manik Batch 1991-1995.....sementara tu kita tengok gambar update yang ada...




No comments:

Post a Comment